MADU KELULUT ASLI



Pengenalan:

 Di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl (Lebah) ayat 68-69 tertulis:
 

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah di mudahkan. Kemudian dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berpikir".

 
Sabda Rasulullah S.A.W.

 

   “Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata, “Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air”, Sabda Rasulullah SAW. “Minumlah madu kepadanya”: Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya ” Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah”, Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya meminum madu, Kata orang itu, “Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya bertambah juga”. Sabda Rasulullah S.A.W. “Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta”. Lalu diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya”.

 
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda

 
“ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”.  (Riwayat Bukhari)

 
Kehebatan madu bukan sahaja dijelaskan oleh Al-Quran dan hadis malah telah terbukti secara saintifik dan dibahaskan secara ilmiah di seluruh dunia.
 

 
Insya-Allah~

 
Khasiat Madu Kelulut:

  • Meningkatkan metabolisme badan
  • Menambah tenaga
  • Menjaga kecantikan
  • Menguatkan wanita yang baru bersalin
  • Merawat penyakit dan kecederaan dalaman
  • Tinggi kandungan antioksida
  • Insya-Allah mujarab untuk mecegah dan merawat pelbagai jenis
    penyakit seperti kencing manis, kanser, darah tinggi, batu karang,
    Asma, batuk selesema dan lain-lain


Cara Pengambilan:

Pertama:

1. Segelas air sejuk (iaitu air yang disimpan pada suhu bilik/persekitaran) dicampur dengan satu sudu besar madu kelulut (sila gunakan sudu plastik)
2. Kacau sehingga larut
3. Digalakkan untuk diambil sebaik sahaja bangun tidur pada waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam

Kedua:

1. Minum terus madu kelulut tanpa dicampur dengan bahan lain. Sesuai jika anda mengalami sakit kerongkong, demam dan batuk selesema
Sebagai menepati sunnah Rasulullah SAW, kami ingin berkongsi amalan sunnah ketika minum dan mengambil ubat:

1.  Membaca basmallah, selawat dan doa
2.  Duduk ketika minum dan pegang gelas menggunakan tangan kanan
3.  Jangan bernafas dalam minuman 
4.  Yakin bahawa kesembuhan datang daripada Allah dan kita hanyalah berikhtiar


Perbezaan madu lebah kelulut dengan lebah biasa:
 
  • Rasanya lebih masam-masam manis
  • Warna lebih cerah
  • Harga lebih mahal kerana kurang di pasaran

Keaslian Madu Kelulut:

100% wang anda akan dikembalikan jika dapat dibuktikan produk kami tidak asli

Tambahan info:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari http://bayukelulut.com/.