Assalamualaikum WBT dan selamat datang ke MR Ziqri Virtual Mart.
MR Ziqri Enterprise ditubuhkan bukan sahaja bertujuan untuk menambah pendapatan malah ia lebih kepada mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW dalam mencari keredhaan Allah Taala, Insya-Allah
Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa:29,
Maksudnya:
"Wahai orang2 yang
beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan
yang salah (tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan
secara suka sama suka diantara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
Berniaga ialah Fardu Kifayah dan amat disukai dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Malah, Islam memandang tinggi kepada para peniaga dan usahawan. Justeru itu, kami juga ingin mengorak langkah dalam menceburi bidang perniagaan. Sebagai permulaan, kami memulakan perniagaan dengan menjual makanan Sunnah seperti Madu Kelulut.
Doakan perniagaan kami ini dapat berkembang dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli dan pengunjung semua.
Akhir kata, terimalah pantun 2 kerat daripada kami.
“Terima
kasih daun keladi,
Kalau
berminat silalah beli”